Maksud Pemanasan Global
Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini dihalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahagan matahari menebusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahagian bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida,karbon monoksida,kloroflorokarbon(CFC),metana,nitrogen oksida dan lain-lain.Kebiasaannya,fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan,kawasan pembungan perindustrian,kawasab perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.
PUNCA MENYEBABKAN PEMANASAN GLOBAL
Pengangkutan
Pengangkuatan kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
Pembakaran Hutan
Kegiatan pembakaran huran secara besar-besaran dan berleluasan untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian,petempatan atau sebagainya telah menyebabkan kepada pemanasan global.Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang.Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global.Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
CARA MENANGANI PEMANASAN GLOBAL
Penguatkuasa Undang-undang
Penguatkuasa yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan perlulah dilaksanakan.Sebagai contoh,mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing.Hal ini sudah tentu akan menjamin kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah semlamat dan mesra alam.
Salin Memberi Maklumat
Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat tentang keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain.Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi bersama-sama menggembang tenaga bagi mengangani masalah ini.Ajakan untuk sama-sama memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat adalah amat penting supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara alam sekitar.
Menwujudkan Kelab Penciptaan Alam Sekitar
Dengan menwujudkan kelab penciptaan alam sekitar sebagai salah satu kelab dalam aktiviti kokurikulum di sekolah,para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan tentang penjagaan alam sekitar di sekolah.Mereka tidak hanya duduk mendengar tentang tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi sebaliknya mengamlikasikan apa yang telah turut akan dapat menanam sedikit-sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia muda lagi.
Penanaman Pokok
Menanam pokok di kawasan atau sekitar rumah turut dapat mengatasi masalah ini.Selain menwujudkan suasana yang nyaman dna sejuk penanaman pokok turut akan mengurangkan ketumpatan gas karbon dioksida yang terkumpul di sekelilingi rumah.
Mengurangkan Penggunaan Kenderaan
Menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan sebagainya. Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan.Oleh itu dapat mengurangkan pemanasan global.
Comments
Post a Comment